SEKOLAHKU

SEKOLAHKU

KELASKU

KELASKU

PENDIDIK

PENDIDIK

PELAJAR

PELAJAR

ZAMAN PRA SEJARAH (BAB 2)

Monday, May 3, 2010

1. Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman


a. Zaman Paleolitik

b. Zaman Neolitik

c. Zaman Mesolitik

d. Zaman Logam

2. Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi

a. Arkeologi ialah kajian terhadap

i. Artifak – tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk, tembikar, pisau dll.

ii. Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan

iii. Feature – tinggalan spt struktur bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat di ubah.

3. Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:

a. Tingkayu

b. Kota Tampan

c. Gua Niah

d. Lenggong

4. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik

a. Hidup secara nomad iaitu berpindah randah

b. Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.

c. Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.

d. Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.

e. Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai estetika dan seni

5. Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:

a. Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar – wujud masyarakat.

b. Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.

c. Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.

d. Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.

e. Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.

f. Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.

g. Berjaya memikirkan cara melebur logam.

h. Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.

i. Sistem barter –

ii. Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.

6. Masyarakat Neolitik di Timur Dekat

a. Wujud pertanian sejak 8000SM

b. Penternakan biri-biri di Iraq

c. Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu

d. Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.

e. Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM

7. Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.

a. Di Malaysia wujud sekitar 500SM

b. Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.

c. Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.

d. Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti gendang gangsa di Dongson, Vietnam.

8. Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya berasaskan ciri-ciri berikut:

a. Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.

b. Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.

c. Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke daratan.

d. Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.

e. Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).

f. Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar dan besi.

0 comments:

Post a Comment

 

2009 ·WADAH ILMU by TNB