SEKOLAHKU

SEKOLAHKU

KELASKU

KELASKU

PENDIDIK

PENDIDIK

PELAJAR

PELAJAR

KAWAD KAKI

Monday, May 3, 2010

BAHASA HUKUMAN KAWAD


Arahan Bahasa Hukuman

1.Sedia Skuad/Baris/Kontijen Kontijen………… …………Sedia

2.Senang Diri Skuad/Baris/Kontijen Kontijen………… ………….Senang Diri

3.Gerakkan Skuad Ke Kanan Bergerak BergerakKe Ke Kanan Bertiga2/Berturut2 Berturut2…Ke

Kanan Kanan…. Pusing

4.Gerakkan Skuad Ke Kiri Bergerak BergerakKe Ke Kiri Bertiga2/BerturutBertiga2/Berturut…Ke

Kiri Kiri..... .....Pusing

5.Berjalan Dari Kiri @ Kanan(Tengok Tangan Anggota Anggota) )

…… …….. ..Cepat Jalan

6.Berhenti Semasa Cepat CepatJalan Jalan Skuad/Baris/Kontijen Kontijen……… ……….Henti(Atas Kaki Kiri Kiri)

7.Menghadap Ke Hadapan Skuad/Baris/Kontijen Kontijen…Akan Menghadap Ke

Hadapan Hadapan….. ..Ke BelakangBelakang…… …… Pusing

8.Menghadap Ke Belakang BelakangSkuad/Baris/Kontijen Skuad/Kontijen…Akan Menghadap Ke

Belakang Belakang….. ..Ke BelakangBelakang…… …… Pusing

9.Ke Belakang BelakangPusing(Cepat Pusing(CepatJalan Jalan) Bergerak BergerakKe Ke Kanan @ Kiri Bertiga2 Bertiga2….. ..Ke

Belakang Belakang………… …………Pusing(Atas Kaki Kanan).Ke

Kanan @ Kiri

Hendaklah HendaklahLihat Lihat Tangan Anggota

Yang Menghadap Ke Hadapan Hadapan.

LAGU PUTERI ISLAM

Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap ta'at kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan
Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kemajuan
Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira
Tetap Ta'at kepada Allah dan Raja
Berkorban untuk agama dan negara
Dunia akhirat mendapat bahagia

TAZKIRAH : BIODATA SYAITAN

Tarikh kelahiran
Bermula daripada keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s.

Status diri
Fasik kelas pertama
Agama
Kufur.

Tempat tinggal di dunia
Hati-hati mereka yang lalai

Tempat tinggal di akhirat
Neraka Jahannam

Kawasan
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan

Tiada haluan dan bengkang bengkok



Isteri di dunia

Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya



Kaum kerabat

Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah



Modal pusingan

Angan-angan kosong



Tempat pertemuan

Pasar-pasar



Musuh ketat

Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa



Motto kerja

'Hipokrasi asas akhlak'



Kesukaannya

Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya



Cita-cita

Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir



Kelemahannya

Bila orang membaca Istighfar



Lambang

Sebarang tatu



Pejabat operasi

Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat



Rakan kongsi

Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia



Sumber pendapatan

Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba



Jenis perkhidmatan

Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah



Tempoh perkhidmatan

Sehingga hari kiamat



Matlamat Perjalanan

Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam



Teman Sejawat

Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran



Ganjaran

Dosa dan kemurkaan Allah



Berkomunikasi dengan

Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam



Makanan kegemaran

Daging orang mati dan segala najis dan kotoran



Yang ditakuti

Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal



Yang dibenci

Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah



Alat perangkap

Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya



Saat ajal

Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak



Janji-janji

Janji kosong, angan-angan dan tipu daya



Yang membuatnya menangis

Bila orang sujud kepada Allah s.w.t

CARTA ORGANISASI KELAB KOMPUTER 2010 (PTG)

Pengerusi  :  Bill Baru Sigar Leslie


Naib Pengerusi   : Nastasha ak Sumbu

Setiausaha  :  Edline ak Junit

Bendahari  :  Stanly Avin


AJK TINGKATAN

Tingkatan 1  :    Gilbert Ujang ak Robert


Tingkatan 2  :    Cynthia Laong Anyi

Kebersihan dan Keceriaan    :  Michelin Pandong ak George


Kebajikan  :  Muhamad Nur Adlin bin Jakeria

Disiplin  :   Berthderian Mayang ak Malaka

ZAMAN PRA SEJARAH (BAB 2)

1. Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman


a. Zaman Paleolitik

b. Zaman Neolitik

c. Zaman Mesolitik

d. Zaman Logam

2. Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi

a. Arkeologi ialah kajian terhadap

i. Artifak – tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia spt pasu, , pinggan mangkuk, tembikar, pisau dll.

ii. Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan

iii. Feature – tinggalan spt struktur bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat di ubah.

3. Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:

a. Tingkayu

b. Kota Tampan

c. Gua Niah

d. Lenggong

4. Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik

a. Hidup secara nomad iaitu berpindah randah

b. Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.

c. Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.

d. Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.

e. Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai estetika dan seni

5. Manusia zaman neolitik lebih bertamadun daripada Paleolitik dan mesolitik.Buktinya:

a. Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar – wujud masyarakat.

b. Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.

c. Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.

d. Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.

e. Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.

f. Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.

g. Berjaya memikirkan cara melebur logam.

h. Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.

i. Sistem barter –

ii. Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.

6. Masyarakat Neolitik di Timur Dekat

a. Wujud pertanian sejak 8000SM

b. Penternakan biri-biri di Iraq

c. Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu

d. Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.

e. Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM

7. Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.

a. Di Malaysia wujud sekitar 500SM

b. Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.

c. Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.

d. Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti gendang gangsa di Dongson, Vietnam.

8. Manusia zaman Logam lebih maju daripada Paleolitik,Mesolitik, dan Neolitik.Buktinya berasaskan ciri-ciri berikut:

a. Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.

b. Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.

c. Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh ke daratan.

d. Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.

e. Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki ( 6500SM).

f. Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar dan besi.

NOTA PSK TINGKATAN DUA

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI

KECEMERLANGAN DIRI

Kecemerlangan diri merujuk kejayaan tahap tertinggi yang dicapai oleh seseorang individu.

Murid yang cemerlang mempunyai pencapaian yang tinggi dalam aspek-aspek berikut:

• Akademik.

• Kepemimpinan.

• Kecergasan.

• Sahsiah.



Cara-cara Mencapai Kecemerlangan Diri

Fizikal

• Amalan gaya hidup sihat (menjaga pemakanan, kebersihan diri, persekitaran, dan waktu tidur)

• Membuat catatan harian.



Mental

• Mensyukuri anugerah Tuhan.

• Bijak membahagikan masa.



KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Cara-cara Berkomunikasi dengan Bijak

• Bertolak ansur dan bertoleransi.

• Menggunakan intonasi/nada yang sesuai.

• Menerima pendapat orang lain.

• Menggunakan ungkapan yang sopan dan berhemah.



KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

Membuat Refleksi untuk Kejayaan Diri.

• Mengenal pasti potensi diri.

• Membuat analisis /pemerhatian.

• Menerokai bidang ilmu.

• Penetapan matlamat.

• Berbincang dengan individu yang berpengalaman.

• Berani mencuba.



TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN

PERPADUAN DALAM KELUARGA

Cara-cara Mencapai Perpaduan dalam Keluarga

Sambutan hari khas keluarga

• Hari lahir.

• Majlis keagamaan.

• Hari keluarga.

• Perkahwinan.

• Ulang tahun perkahwinan.



Berkongsi suka dan duka

• Menerima anugerah.

• Kematian.

• Menyertai pertandingan.



Sokongan anggota keluarga

• Memberi nasihat/motivasi.

• Menyelesaikan konflik dalam keluarga.

• Sokongan moral dan material.

• Kasih sayang dan bimbingan.



Aktiviti keluarga

• Melancong.

• Bergotong-royong.

• Beriadah bersama-sama.



TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT

MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

PEKA TERHADAP PERBEZAAN INDIVIDU

• Latar belakang.

• Kebolehan dan bakat.

• Keupayaan fizikal.

MENGHORMATI HAK ORANG LAIN

• Berbincang dan membidas hujah dengan sopan.

• Meminta izin sebelum menggunakan barang orang lain.

• Memberi/menyuarakan pendapat melalui saluran yang betul.



PEMUPUKAN SEMANGAT KEKITAAN

PERPADUAN DAN PERMUAFAKATAN

• Berbaik-baik dengan jiran tetangga.

• Membantu jiran ketika kecemasan.

• Menghormati budaya pelbagai bangsa.

KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

• Menjamin keselamatan setempat.

• Menjaga keharmonian.

• Menjaga kebajikan anggota masyarakat.



TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA

MUZIK

• Nobat

• Makyung.

• Opera Cina

• Dikir Barat.

ALAT MUZIK

• Gambus.

• Tabla

• Yangqin

• Sompoton.



TARIAN

• Tarian joget.

• Tarian Bharata Natyam.

• Tarian Ngajat.

• Tarian Singa.



SENI BINA

• Istana Kenangan

• Pagoda Kek Lok Si.

• A Famosa

• Istana Budaya.



PERMAINAN TRADISIONAL

• Batu Seremban

• Bulu Ayam

• Congkak.

• Catur Cina.



LUKISAN DAN KRAF TANGAN

• Ukiran

• Tenunan

• Anyaman

• Tembikar/Seramik

• Kaligrafi Cina

• Khat

• Kolam



TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan.

• Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih.

• Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat.

• Melahirkan sebuah kerajaan Adil, Stabil, Sejahtera.

PILIHAN RAYA

PROSES-PROSES PILIHAN RAYA

• Pengumuman tarikh pilihan raya.

• Proses penamaan calon.

• Kempen pilihan raya.

• Hari mengundi.

• Proses pengiraan undi.

• Pengumuman keputusan pilihan raya.

• Ucapan calon yang menang.



PARLIMEN

KOMPONEN PARLIMEN

• Yang di-Pertuan Agong.

• Dewan Negara.

• Dewan Rakyat.



FUNGSI DAN PERANAN PARLIMEN

• Memeriksa dasar-dasar kerajaan.

• Meluluskan perbelanjaan kerajaan.

• Membuat pindaan undang-undang yang sedia ada.

• Membuat dan melulus undang-undang Persekutuan.

• Meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.



FUNGSI DAN PERANAN YANG di PERTUAN AGONG

• Menjalankan kuasa pemerintahan berpandukan perlembagaan .

• Ketua agama Islam di negeri-negeri tidak beraja dan di negeri baginda.

• Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.

• Memanggil Parlimen bersidang dan menangguh serta membubarkan Parlimen.

• Melantik Peguam Negara, Ahli-ahli Dewan Negara dan Yang Dipertua Negeri.

• Melantik Perdana Menteri dan timbalannya.



PERBEZAAN ANTARA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

DEWAN NEGARA

• Terdiri daripada seramai 70 orang ahli.

• Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 30 tahun.

• Jawatan dipegang selama satu penggal (tiga tahun)

• Ahli dewan dipilih daripada kalangan mereka yang mempunyai khidmat cemerlang dalam profesion masing-masing.



DEWAN RAKYAT

• Terdiri daripada seramai 219 orang ahli.

• Ahli dewan berumur tidak kurang daripada 21 tahun.

• Jawatan dipegang selama lima tahun.

• Ahli dewan dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya.



DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

• Terdapat 12 DUN di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.





SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ADUN

• Waras akal fikiran.

• Berumur 21 tahun ke atas.

• Tidak diistiharkan muflis.

• Memenangi pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri.

• Tidak memegang jawatan berpendapatan.



RAJA BERPERLEMBAGAAN

CIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN

• Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri.

• Raja tidak berkuasa secara langsung.

• Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.

• Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik.



MAJLIS RAJA

BIDANG TUGAS MAJLIS RAJA-RAJA

• Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

• Pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang diPertuan Agong.

• Memelihara adat istiadat orang Melayu dan agama Islam di seluruh Persekutuan.

• Merundingkan perlantikan hakim-hakim, Ketua Audit Negara, ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Pilihanraya.

• Mempertimbangkan perubahan sempadan negeri.

• Membincangkan perkara-perkara diraja.

• Membincangkan dasar-dasar negara.



TUGAS TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA DALAM KERAJAAN DEMOKRASI

• Setiap warganegara mempunyai peranan dan tanggungjawab terhadap negara.

• Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

• Menjaga keamanan.

• Menyokong rancangan kerajaan.

• Taat setia kepada raja dan pemimpin.

• Menjaga imej dan nama baik negara.

• Mengundi.

AMALAN BERTERIMA KASIH KEPADA NEGARA

• Melibatkan diri dalam rancangan kerajaan.

• Menghargai kemudahan yang disediakan.

• Mengharumkan nama negara.

• Menjaga kelestarian alam sekitar.

• Menyuarakan pendapat melalui saluran yang sah.

• Mengekalkan perpaduan.



TEMA 6: CABARAN MASA DEPAN

KESTABILAN DAN KEBERKESANAN JENTERA PENTADBIRAN NEGARA

STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA

• Yang di-Pertuan Agong

• Perundangan- Parlimen.

• Eksekutif- Kabinet.

• Kehakiman- Mahkamah.

SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

• Yang di-Pertuan Agong

• Majlis Raja-raja

• Perundangan-Parlimen (Dewan Rakyat / Dewan Negara)

• Ketua Audit Negara.

• Eksekutif- Kabinet/ Kementerian/ Jabatan dan Badan-badan Kerajaan.

• Suruhanjaya

• Kehakiman- Mahkamah.

KEPIMPINAN BERWAWASAN

• Kepelbagaian budaya.

• Koridor Raya Multimedia.

• Kemajuan Infrastruktur.

• Dasar-dasar ekonomi.

• Pentadbiran berpusat.

• Wawasan 2020.

CONTOH INFRASTRUKTUR MEGA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

• Menara Berkembar Petronas (KLCC)

• Sistem Pengangkutan Aliran Ringan (LRT)

• Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

• Menara Kuala Lumpur.

• Litar Antarabangsa Sepang.

• Jambatan Pulau Pinang.





BEKERJASAMA DAN BERSATU PADU DALAM MENGHADAPI PELBAGAI CABARAN

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA( ASEAN)

• Dibentuk pada 8 Ogos 1967.

• Bertujuan mempercepat pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan kebudayaan menerusi kegiatan bersama.











MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU

• Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

• Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC)

• Pertubuhan Negara-negara Komanwel (KOMANWEL)

• Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

• Malaysia turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam.





::diperolehi sumbernya dari laman web lain...

PERSATUAN PUTERI ISLAM (SESI PETANG)

Assalamu'alaikum

Perjumpaan Puteri Islam seperti biasa pada pukul 8 pagi yang bertempat di Surau Al-hadi. Kepada ahli semua, diharap anda mengambil wudhuk dan membaca al-Quran dahulu sebelum ketibaan cikgu-cikgu tersayang..

KELAB KOMPUTER SESI PETANG

PERJUMPAAN SEPERTI BIASA PADA SETIAP HARI ISNIN KECUALI PADA HARI CUTI DAN TERDAPAT PROGRAM2 SEKOLAH TERTENTU.

PERJUMPAAN BERMULA PADA PUKUL 8.30 PAGI...

HARAP MAKLUM

TIP-TIPS PELAJAR CEMERLANG

PETUA MENGULANGKAJI

1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna

3. duduk tegak dikerusi yang selesa

4. baca doa penerang hati

5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

6. fikir dan ingat kembali isi utama

7. catat/lakar (peta minda)

8. semak semula ketepatan maklumat

9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

10. buat rumusan

11. jawab soalan

12. tampal maklumat yang rumit di dinding

13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

KISAH ORANG TUA DAN KETAM

Pada zaman dahulu, tersebutlah kisah seorang tua asyik memungut ketam-ketam yang berlonggok di tepi pantai, selepas berlakunya tsunami. Beribu-ribu ekor ketam, siput laut dan karangan laut terdampar di pinggir pantai. Ada hidupan laut itu yang nyawa-nyawa ikan.

Orang tua itu mengambil seekor demi seekor ketam-ketam, siput laut dan karangan yang nyawa-nyawa ikan lalu mencampakkannya ke laut. Ada seorang budak kecil melihat telatah orang tua itu lalu mentertawakan perbuatannya yang dianggap sia-sia itu.

"Atuk, apalah gunanya atuk memungut ketam-ketam ini dan mencampakkannya ke dalam laut?" Ujar budak kecil itu.


"Kenapa cucu nak cakap macam tu?" Sanggah siorang tua yang terkesima mendengar teguran tiba-tiba itu.

"Bukankah beribu-ribu lagi ketam terdampar di tepi pantai ini, atuk? Mana mungkin atuk hendak selamatkan semuanya. Atuk mesti letih....sudahlah tu, atuk!" Budak kecil yang baru berumur 10 tahun ini entah mengapa lancar benar menasihati orang tua itu.

Orang tua itu termenung sebentar lalu melemparkan sekuntum senyuman ke arah budak kecil itu.

"Cu, memanglah ketam-ketam dan siput laut ini banyak lagi. Beribu ekor lagi. Atukpun dah tak terdaya. Dah penat. Atuk memang tak larat nak buang semua. Mungkin atuk hanya mampu menyelamatkan beberapa ekor. Tapi itu bukan bererti kerja kita sia-sia, cu. Sekurang-kurangnya walaupun seekor atuk dapat selamatkan dengan mencampakkannya ke laut, itu sudah cukup bererti. Bererti bukan kepada kita, tetapi kepada haiwan-haiwan itu yang sedang bertarung untuk hidup! Bukankah kehidupan itu sangat besar ertinya kepada mereka? Apakah dengan menyelamatkan mereka...memberikan mereka nafas kehidupan bukan sesuatu yang berfaedah??" Ujar 'atuk' lagi.

Budak kecil itu tersengih-sengih mendengar hujah siatuk. Akhirnya baru dia faham betapa pentingnya memberikan kehidupan kepada orang lain, membantu orang lain, biar betapa kecilpun sumbangan kita.

NOTA ONLINE

Kepada para pelajar, anda bolehla lawat web ini untuk mendownload nota..

GEOGRAFI TING. 1 & 2 = http://www.smkkb.com/panitia%20geografi/NOTA%20GEO%20PMR.pdf

SEJARAH TING. 1 = http://www.smksp.net/nota/Tingkatan%201/SEJARAH/Nota/

SEJARAH TING. 2 = http://www.smksp.net/nota/Tingkatan%202/SEJARAH/Nota/

EXAM

Friday, March 5, 2010


Assalammu'alaikum..slmt menghadapi peperiksaan pertengahan semester 1 kepada pelajar2 ku..semoga dapat menjawab dengan baik. yang penting, pastikan studi...kalau tak studi, jawabnya tembak jer la...

Gambar Sekolah

Saturday, February 6, 2010


Kajian Geografi Tempatan

Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu buku skrap/folio iaitu Kajian Geografi Tempatan. Folio ini wajib dibuat oleh setiap pelajar. Bagi tugasan lapangan (mengumpul data), anda dikehendaki memilih 5 orang ahli bagi setiap kumpulan dengan tajuk yang sama.

Setiap kumpulan dikehendaki memilih satu lokasi perumahan bagi membuat kaji selidik penduduk di kawasan tersebut. Responden(penduduk) yang diperlukan adalah 20 orang. Pastikan ada melukis peta setiap lokasi tersebut. Anda boleh menaip dengan menggunakan komputer atau menulisnya dengan pen. Anda dikehendaki melukis setiap peta/pelan lokasi tersebut dengan menggunakan pensel jika anda memilih untuk melukis dengan tangan.

Sila rujuk buku teks muka surat 194.Sebarang persoalan sila berjumpa dengan cikgu atau menyoalnya di dalam kelas.

Untuk borang lampiran, sila download di sini...just click n save... LAMPIRAN

Ibu Bapa-Refleksi Diri

Refleksi Diri ..Tutup mata kamu dan bayangkan keadaan ibu bapa kamu yang sedang bersusah payah mencari duit untuk menyara hidup dan perbelanjaan sekolah kamu...dengan keadaan berpeluh-peluh...kadang2 rela berlapar asalkan anaknye kenyang...kamu dengan senang hatinya datang ke sekolah, main-main dalam kelas...tidak serius belajar...buat salah laku dekat sekolah...ponteng kelas...dan macam2 lagi perangai yang membuatkan guru disiplin mendenda kamu...

Betapa kecewanya mak ayah apabila mendapat tahu anak yang mereka sayangi berperilaku demikian, mak ayah dipanggil ke sekolah, dengan muka yang malu dan merah padam, diminta untuk meyelesaikan salah laku anaknya. Sama ada digantung sekolah atau dibuang sekolah.

Kecewanya ibu bapa apabila anak2 mereka menghadiahkan keputusan peperiksaan yang mengecewakan.Sedarlah, apakah pengorbanan kita sebagai seorang anak? Ibu bapa sudah berkorban untuk membesarkan kita, tetapi apa yang kita buat untuk membalas jasa mereka?

Jangan apabila mereka sudah tiada lagi baru kita mahu menyesal...Hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa.Buatla perkara yang mengembirakan mereka.Hormatilah mereka...kerana syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa..
Tanya diri anda.....Apakah yang telah kita lakukan untuk mereka?....

TIPS PELAJAR CEMERLANG 1

Saturday, January 23, 2010



Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, Berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan / praktikkan.
5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

BAB 2 ARAH(BEARING)



Hari ini aku meminta student-student membuat aktiviti berkumpulan, iaitu mengukur bearing sudutan. Nampaknya, sudah ramai yang dah faham bagaimana nak mengukurnya...

Ni adalah peta, sebagai rujukan pelajar2 semua...soalan2nya...

1. Apakah bearing Sudutan Estet Jaya dari Estet Mewah?
2. Apakah bearing Sudutan Kg. Aman dari Pekan Ria?
3. Apakah bearing Sudutan balai polis dari Kg. Indah?
4. Apakah bearing Sudutan Kg. Gelam dari Kg. Seri?
5. Apakah bearing Sudutan Kg. Seri dari Kg. Gelam?

Ha...3 soalan lagi....to be continue...

untuk nota dan latihan..sila click.. http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/nota/t2/Bab2-Arah.pdf

*p/s : bearing sukuan akan dipelajari Tingkatan 3 nanti...



 

2009 ·WADAH ILMU by TNB