SEKOLAHKU

SEKOLAHKU

KELASKU

KELASKU

PENDIDIK

PENDIDIK

PELAJAR

PELAJAR

TIPS PELAJAR CEMERLANG 1

Saturday, January 23, 2010



Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, Berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan / praktikkan.
5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu ataupun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.
15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

BAB 2 ARAH(BEARING)



Hari ini aku meminta student-student membuat aktiviti berkumpulan, iaitu mengukur bearing sudutan. Nampaknya, sudah ramai yang dah faham bagaimana nak mengukurnya...

Ni adalah peta, sebagai rujukan pelajar2 semua...soalan2nya...

1. Apakah bearing Sudutan Estet Jaya dari Estet Mewah?
2. Apakah bearing Sudutan Kg. Aman dari Pekan Ria?
3. Apakah bearing Sudutan balai polis dari Kg. Indah?
4. Apakah bearing Sudutan Kg. Gelam dari Kg. Seri?
5. Apakah bearing Sudutan Kg. Seri dari Kg. Gelam?

Ha...3 soalan lagi....to be continue...

untuk nota dan latihan..sila click.. http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/nota/t2/Bab2-Arah.pdf

*p/s : bearing sukuan akan dipelajari Tingkatan 3 nanti...



MAKSUD GEOGRAFI

Wednesday, December 23, 2009


Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê (”bumi”) dan graphein (”menulis” atau “menggambarkan”).

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

FALSAFAH GEOGRAFI

Geografi adalah satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.

Di samping itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.

Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyaisaling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.

Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adlah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:

1.Geografi sebagai satu sintesis
2.Geografi sebagai satu pandangan

Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.

Oleh sebab itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.

UNESCO (1956) mendifinasikan geografi sebagai:

1. satu agen sintesis
2. satu kajian perhubungan ruang
3. sains dalam penggunaan tanah

John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.

Sumber rujukan : http://www.sabah.net.my/juipri/falsafah.htm

PERASMIAN BLOG



Dengan ini cikgu merasmikan pembukaan blog bagi kemudahan pelajar-pelajar sekalian bagi subjek Geografi tingkatan 2,Sejarah ting. 1 dan PSK ting.2 dgn Bismillahirrahmanirrahim.Semoga blog ini memberi manfaat kepada anda semua untuk mendapatkan nota-nota dan latihan dari cikgu secara online.
 

2009 ·WADAH ILMU by TNB