SEKOLAHKU

SEKOLAHKU

KELASKU

KELASKU

PENDIDIK

PENDIDIK

PELAJAR

PELAJAR

KISAH ORANG TUA DAN KETAM

Monday, May 3, 2010

Pada zaman dahulu, tersebutlah kisah seorang tua asyik memungut ketam-ketam yang berlonggok di tepi pantai, selepas berlakunya tsunami. Beribu-ribu ekor ketam, siput laut dan karangan laut terdampar di pinggir pantai. Ada hidupan laut itu yang nyawa-nyawa ikan.

Orang tua itu mengambil seekor demi seekor ketam-ketam, siput laut dan karangan yang nyawa-nyawa ikan lalu mencampakkannya ke laut. Ada seorang budak kecil melihat telatah orang tua itu lalu mentertawakan perbuatannya yang dianggap sia-sia itu.

"Atuk, apalah gunanya atuk memungut ketam-ketam ini dan mencampakkannya ke dalam laut?" Ujar budak kecil itu.


"Kenapa cucu nak cakap macam tu?" Sanggah siorang tua yang terkesima mendengar teguran tiba-tiba itu.

"Bukankah beribu-ribu lagi ketam terdampar di tepi pantai ini, atuk? Mana mungkin atuk hendak selamatkan semuanya. Atuk mesti letih....sudahlah tu, atuk!" Budak kecil yang baru berumur 10 tahun ini entah mengapa lancar benar menasihati orang tua itu.

Orang tua itu termenung sebentar lalu melemparkan sekuntum senyuman ke arah budak kecil itu.

"Cu, memanglah ketam-ketam dan siput laut ini banyak lagi. Beribu ekor lagi. Atukpun dah tak terdaya. Dah penat. Atuk memang tak larat nak buang semua. Mungkin atuk hanya mampu menyelamatkan beberapa ekor. Tapi itu bukan bererti kerja kita sia-sia, cu. Sekurang-kurangnya walaupun seekor atuk dapat selamatkan dengan mencampakkannya ke laut, itu sudah cukup bererti. Bererti bukan kepada kita, tetapi kepada haiwan-haiwan itu yang sedang bertarung untuk hidup! Bukankah kehidupan itu sangat besar ertinya kepada mereka? Apakah dengan menyelamatkan mereka...memberikan mereka nafas kehidupan bukan sesuatu yang berfaedah??" Ujar 'atuk' lagi.

Budak kecil itu tersengih-sengih mendengar hujah siatuk. Akhirnya baru dia faham betapa pentingnya memberikan kehidupan kepada orang lain, membantu orang lain, biar betapa kecilpun sumbangan kita.

0 comments:

Post a Comment

 

2009 ·WADAH ILMU by TNB