SEKOLAHKU

SEKOLAHKU

KELASKU

KELASKU

PENDIDIK

PENDIDIK

PELAJAR

PELAJAR

Ibu Bapa-Refleksi Diri

Saturday, February 6, 2010

Refleksi Diri ..Tutup mata kamu dan bayangkan keadaan ibu bapa kamu yang sedang bersusah payah mencari duit untuk menyara hidup dan perbelanjaan sekolah kamu...dengan keadaan berpeluh-peluh...kadang2 rela berlapar asalkan anaknye kenyang...kamu dengan senang hatinya datang ke sekolah, main-main dalam kelas...tidak serius belajar...buat salah laku dekat sekolah...ponteng kelas...dan macam2 lagi perangai yang membuatkan guru disiplin mendenda kamu...

Betapa kecewanya mak ayah apabila mendapat tahu anak yang mereka sayangi berperilaku demikian, mak ayah dipanggil ke sekolah, dengan muka yang malu dan merah padam, diminta untuk meyelesaikan salah laku anaknya. Sama ada digantung sekolah atau dibuang sekolah.

Kecewanya ibu bapa apabila anak2 mereka menghadiahkan keputusan peperiksaan yang mengecewakan.Sedarlah, apakah pengorbanan kita sebagai seorang anak? Ibu bapa sudah berkorban untuk membesarkan kita, tetapi apa yang kita buat untuk membalas jasa mereka?

Jangan apabila mereka sudah tiada lagi baru kita mahu menyesal...Hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa.Buatla perkara yang mengembirakan mereka.Hormatilah mereka...kerana syurga terletak di bawah tapak kaki ibu bapa..
Tanya diri anda.....Apakah yang telah kita lakukan untuk mereka?....

0 comments:

Post a Comment

 

2009 ·WADAH ILMU by TNB