Geografi adalah satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi. Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi.Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim serta penduduk.
Di samping itu pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.
Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunnjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyaisaling hubungan yang bermakna dengan fenomena yang lain.
Oleh yang demikian, geografi bolehlah disifatkan sebagai satu bidang pengetahuan atau 'field of knowledge' dan bukanlah satu subjek yang tersendiri di mana pengetahuan-pengetahuan adalah asli kepada mata pelajaran itu. Ini bermakna geografi bukanlah satu bentuk pengetahuan tetapi ia adlah satu bidang, di mana kebanyakan butir pengetahuannya didapati subjek-subjek sains sosial dan sains semulajadi. Konsep geografi ini adalah konsisten dengan falsafah serta ideanya iaitu:
1.Geografi sebagai satu sintesis
2.Geografi sebagai satu pandangan
Dalam konteks itu, sintesis boleh disifatkan sebagai penggabungan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya menjadi satu keseluruhan.
Oleh sebab itu Geografi ialah satu mata pelajaran yang kompleks adalah sukar untuk memberinya satu definisi yang khusus. Banyak percubaan telah dibuat untuk mendifinasikan bidang itu dan berikut ialah takrifan yang penting dan menarik.
UNESCO (1956) mendifinasikan geografi sebagai:
1. satu agen sintesis
2. satu kajian perhubungan ruang
3. sains dalam penggunaan tanah
John Mackinder (1861-1947) seorang pakar geografi memberi definisi geografi sebagai satu kajian mengenai kaitan antara manusia dengan alam sekitarnya.
Sumber rujukan : http://www.sabah.net.my/juipri/falsafah.htm